Saturday, May 31, 2008

Tanggal 26 Mei 2008

Assalamualaikum....



Bersyukur kehadirat Allah S.W.T kerana limpah kunia dan inayah-Nya... Aku dikurniakan baby perempuan yang cute sesangat.....rasa seronok bergelar abah manakala isteriku yang dikasihi pulak bergerlak 'Mama...
Di saat ini aku berasa amat bertuah...sukarnya untuk ku gambar untuk mezahirkan perasaan ku terhadap puteri sulung ku ini...

Aku mulakan hikayat ini untuk aku berkongsi pada semua yang selama nih memberi sokongan galakan kepada aku selama ini.. Terutama sekali Mak dan Ayah aku (Robiah Ibrahim sekarang udah bergelar mak tok!!!!)Ayahanda aku Sudin Bin Saad udah bergelar panggilan Wan) dan jugak tak lupa ada Abah dan mak mertua aku (Azizah Ahmad-title Opah)dan Abah (Alias Kalam-Tok)

Aku diarahkan oleh doktor Zainol (Klinik Pakar Perbidanan) yang terletak di Bandar Sungai Petani Kedah untuk membuat persediaan setelah doktor sendiri memberi tarikh untuk melakukan pembedahan kecil (Kelahiran anak secara Ceasar) pada tarikh 26 Mei 2008 Isnin....Demi meyelamat kandungan aku setuju ja!!!!....

Aku dan isteri masuk check-in di Wisma Pakar Perbidanan dan Sakit pada malam 25hb Mei 2008 hari Ahad jam 9mlm...bilik aku ambik bilik 18,ntah la!!! kata kawan-2 bilik nih selesa skit..aku ambik single room duduk sama bini aku selesa skit bleh jgk la jadi peneman sementara menati esok pagi.....



Pagi Esok 26hb Mei 2008

Aku bangun awal jam 5.30pm ntah la tidoq kat sini tak selesa..aku tidoq atas sofa ja..biasa la hari pertama tidoq sini...aku tunai solat sunat dan solat subuh..sementara isteri aku dok bersiap diri...

Jam 7.30am aku minta izin kat isteriku aku untuk sarapan (dalam ingatan ada masa la nak curi makan kat luar!!!)..Aku sarapan kat Khalel Nasi Kandar kat Pekan Sungai Pertani.. dibantainya aku 2 biji roti canai dengan milo panas.. sambil dok belek sms kiriman kawan-2 bank persatuan tak putus-2 memberi kata semangat kat aku.... Jam h/p aku dah jam 8.00 am hmm aku cargas!!!! balik ke wad bersalin sambil kak nangsi calling aku dia dah sampai kat klinik dah!!!

Sampai saja aku dah dimaklumkan oleh adik ipar aku Ainida dia sms bg tau "Kak na dah masuk labour room!!!!!!"......... Alamak mampus tak sempat la aku nak cium dahi isteriku....nasib la nurse kat situ bagi aku masuk...sempat la aku borak-2 dengan isteriku kat dalam bilik menunggu....Alhamdulilah

No comments: