Saturday, May 31, 2008

Hari-hari terakhir di Wad....29hb Mei 2008 Khamis..




Assalamualaikum......
Khamis 29 Mei, genap genap 4 hari aku tinggal kat wad nih.. hari nih aku boleh 'packing barang untuk berangkat pulang ke rumah mertua aku kat THAF (Taman Haji Abdullah Fahim) di Kepala Batas, Pulau Pinang.....

Sedih aku nak tinggalkan sofa yang jadi peneman aku selama 3 malam merekok atas sofa nih....Aku dah selesaikan segala kos pembayaran hmm lega...tak yah pikiaq lagi pasai duit...
Pagi kak nangsi mai awai sungguh..sambil tolong sama packing kemas barang-2...selepas tu adik ipar aku Anida (cikda) mai turut sama membantu....dekat pukoi 9.30 aku nak keluar tapi aku dapat calling dari kak salmi dia on da way mai sini..so aku terpaksa tunggu la sebab orang nak mai ziarah lagi.. Sedih mmg sedih tak tau aku nak cakap mungkin terlalu lama duduk kat sini...tambahan pulak kak nangsi terlampau banyak membantu sepanjang aku tinggal kat wad Dr Zainol...mana taknya siang pagi petang malam..selalu mai berteman..aku hargai semua nih...hanya tuhan yang membalas jasa kak nangsi....Terima Kasih...
Hari last masa kak nangi pegang bayi air mata dia mengalir sebab terlampau tersentuh sangat nak tinggalkan Shafieyah Aisah..drama sedih nih aku perasan selepas aku baru saja selesai urusan kat kaunter ambik dokumen-2 penting untuk baby...bini aku pon turut sedih.. sempat time nih aku berposing maut bersama baby aku dengan isteri aku.....kak nagnsi pon tak lepas peluang di snap habih-2an gambag kenangan Shafieya Aisha......



Hari terakhir puteri aku pulang ke rumah..... nek kete waja wan sudin dia...kui..kuii.kuii

Terima Kasih Daun Keladi...kepada yang datang ziarah baby..



Aku nak ambil kesempatan dalam blog nih kepada yang sudi ziarah isteri aku dengan baby kat Dr Zainol.....ramai yang mai.. kengkawan sekerja dari bank persatuan Azhari dan isteri Yati,Kak Rosma bersama anak-2,Kak Salmi n sekeluarga... Ahli keluarga sebelah aku yang mai Maklang Sopiah,paklang mad,Ika,Lon,Chujah,Mak chanq Pishah,Maksu Ina,Alia dan Amer anak lon...

Keluarga sebelah isteri yang mai...Maksu,awie,Nurul Izzah,Pijan,Mak Tam dan Pak teh Am..

Tak lupa jugak kawan-kawan mak mertua aku pon turut meluangkan masa jenguk cucu kawan-kawan..




Aku ucap terima kasih kepada yang hadir bagi hadiah dagi saguhati la...kehadiran semua amatlah dialu-alukan dan di akhiri dengan ucapan terima kasih.......

Srikandi Cintaku........SHAFIEYA AISHA


Srikandi Cintaku........ hmm sesedap salah satu tajuk lagu kumpulan rock dulu Bloodsheed.......aku pon dapat la ilham namakan anak aku.....berbekalkan maxis broadband yang dipinjamkan dari abg shahril aku pon surf la internet website nama-nama bayi islam sambil turut sama membantu aku mencari nama baby adalah kak nangsi aku....dia nih bleh tahan jgk kecipanan otak dia..kepala dia ngam dengan kepala aku.....

Isteri aku pon bagi klu skit dia soh taruh belakang nama Alisha hmm aku pon buat la satu list nama untuk baby aku....sambil dok cari ilaham aku teringat salah seorang penulis novel karya agung....nama pena dia Aisa Sofia kot tak silap la...tuh pon aku list kat dalam notebook aku....sambil mencari kombinasi lagi teringat plak kat wardina safiya... so untuk mengekalkan pangkal huruf 'S' sejak turun termurun dari shahrizal sudin saad shaari sehingga shariff aku mecari la formula kombinasi huruf vocal dan konsunan tanpa mengabaikan iqra idgham maalghunah hehehe maka tercetus la nama Shafieya Aisha binti Shahrizal.. memola ingat nak taruh shafieya alisha tapi kak nangsi kata baik bubuh yang lembut skit 'Aisha... dan aku pon belek dalam website maksud kedua kombinasi nama yang dipilih tadi... aku pon setuju namakan SHAFIEYA AISHA!!!!!!!!!! tapi aku tak bagi tau isteri aku lagi takut juga la dia tak setuju tambah pulak mak ayah dan mak mertua lagi la... tapi syukur semua ahli keluarga setuju dengan nama tuh.... bini aku sambil dalam kesakitan terlantar atas katil just menganguk ja tanda setuju........ Alhamdulilah........

Panik dapat anak perempuan....wakakaka!!!


Sambil aku dok tunggu bini aku bersalin...perasan gundah gulana menyelubungi diri ini... mana tak nya nih la kali pertama aku nak bergelar abah....pagi tuh yang turut sama dengan aku menanti kelahiran adalah mak,ayah,mak mertua,adik ipar,kak nangsi,abang shahriil dan isteri dia......

Kata nurse dan matron kat situ jangakamasa kelahiran adalah selama 45 minit ja..start tadi 9.oo am...aku tunggu la menanti jam 9.45am time tuh la kot anak aku keluar....tup....tupp nurse dalam tuh panggil "husband Azlina tak mau masuk tengok baby ka?" tersentot aku.... gulp!!! erkkkkk jam baru 9.10am... memola mak dan mak mertua aku nak masuk tapi tak dapat kebenaran la...hehehe.. aku pon dengan bangga dan berdegup jgk la nak masuk tengok kat dalam..... Plingggggggggggg....... suprise!!!!!!!!! Alhamdulilah aku ditemukan buat kali pertama dalam muka bumi ini baby yang sihat cukup sifat......seronok bukan kepalang lagi aku...aku belek la tapiiiii...... erkkkkkkk aku panik seketika baby aku tak da KELAKIAN heheh..tak la maksud aku sebenarnya baby boy...sebab ramalan semua orang kata baby dalam kandungan lelaki..aku pon stanby selama nih nama anak lelaki...tapi nih perempuan erkkkkkkkk.... gundah lagi.. mampus aku nama anak pmpuan aku tak prepare.........hmmm kena cari ilham la

Tanggal 26 Mei 2008

Assalamualaikum....



Bersyukur kehadirat Allah S.W.T kerana limpah kunia dan inayah-Nya... Aku dikurniakan baby perempuan yang cute sesangat.....rasa seronok bergelar abah manakala isteriku yang dikasihi pulak bergerlak 'Mama...
Di saat ini aku berasa amat bertuah...sukarnya untuk ku gambar untuk mezahirkan perasaan ku terhadap puteri sulung ku ini...

Aku mulakan hikayat ini untuk aku berkongsi pada semua yang selama nih memberi sokongan galakan kepada aku selama ini.. Terutama sekali Mak dan Ayah aku (Robiah Ibrahim sekarang udah bergelar mak tok!!!!)Ayahanda aku Sudin Bin Saad udah bergelar panggilan Wan) dan jugak tak lupa ada Abah dan mak mertua aku (Azizah Ahmad-title Opah)dan Abah (Alias Kalam-Tok)

Aku diarahkan oleh doktor Zainol (Klinik Pakar Perbidanan) yang terletak di Bandar Sungai Petani Kedah untuk membuat persediaan setelah doktor sendiri memberi tarikh untuk melakukan pembedahan kecil (Kelahiran anak secara Ceasar) pada tarikh 26 Mei 2008 Isnin....Demi meyelamat kandungan aku setuju ja!!!!....

Aku dan isteri masuk check-in di Wisma Pakar Perbidanan dan Sakit pada malam 25hb Mei 2008 hari Ahad jam 9mlm...bilik aku ambik bilik 18,ntah la!!! kata kawan-2 bilik nih selesa skit..aku ambik single room duduk sama bini aku selesa skit bleh jgk la jadi peneman sementara menati esok pagi.....



Pagi Esok 26hb Mei 2008

Aku bangun awal jam 5.30pm ntah la tidoq kat sini tak selesa..aku tidoq atas sofa ja..biasa la hari pertama tidoq sini...aku tunai solat sunat dan solat subuh..sementara isteri aku dok bersiap diri...

Jam 7.30am aku minta izin kat isteriku aku untuk sarapan (dalam ingatan ada masa la nak curi makan kat luar!!!)..Aku sarapan kat Khalel Nasi Kandar kat Pekan Sungai Pertani.. dibantainya aku 2 biji roti canai dengan milo panas.. sambil dok belek sms kiriman kawan-2 bank persatuan tak putus-2 memberi kata semangat kat aku.... Jam h/p aku dah jam 8.00 am hmm aku cargas!!!! balik ke wad bersalin sambil kak nangsi calling aku dia dah sampai kat klinik dah!!!

Sampai saja aku dah dimaklumkan oleh adik ipar aku Ainida dia sms bg tau "Kak na dah masuk labour room!!!!!!"......... Alamak mampus tak sempat la aku nak cium dahi isteriku....nasib la nurse kat situ bagi aku masuk...sempat la aku borak-2 dengan isteriku kat dalam bilik menunggu....Alhamdulilah

Selamat Datang Ke Blog Ini

Assalamualikum
Ahamdulilah...


Selamat datang kepada semua yang sudi 'surf di blog ini...Blog ini aku dedikasikan sempena nama puteri sulungku yang aku sendiri namakannya Shafieya Aisha (Shafieya Aisha binti Shahrizal)



Shahrizal Sudin