Tuesday, June 10, 2008

Shafieya dah jadi Shaolin...heheh Majlis Bercukur

Gambar-2 sekitar majlis bercukur pada hari Isnin 09hb Jun 2008 lepas.... (Klik pada gambar untuk lihat secara jelas)
Isnin 9hb Jun 2008.........

Shafieya baru ja lepas bercukur di rumah mak mertua aku kat Taman Fahim...majlis nih mak mertua aku dan mak tam yang uruskan...buat kecil-kecilan jaaa... Tukang cukur nih nama dia Makcik Aishah tak silap dia nih dari Pmtg Sintok Kepala Batas...Majlis nih start pukoi 11.30 pagi...aku kerja time tuh tapi curi-2 jgk la jengok tapi malangnya aku tak leh lama sebab kotmitmen kerja dan hari tuh aku terpaksa keluar ke cawangan (Bank Persatuan Sungai Petani) majlis tuh bermula tanpa kehadiran aku..sedih...
Majlis bercukur nih merupakan adat melayu turun termurun kononnya la
nak cukur buang rambut lama yang kotor semasa dalam kandungan....tak kisah la dah nak buat..buatla... Majlis tersebut diselangi dengan upacara mandi baby untuk buang segala kotoran di kepala dan jgk upcara 'belah mulut' dengan memberi baby minum air zam-zam dan bagi sedikit manisan (kurma) dah siap baby akan dipakaikan celak di bulu keningnya,potong kuku jari dan kaki..semua nih dimulakan dan disempurnakan oleh Makcik Aishah tadi... Habis la dogol kepala Shafieya Aisha...takut jgk tengok tapi hasil kerja teliti Makcik Aishah tadi syukur tak memudaratkan kepala baby...kepala Shafieya Aisha di lumurkan dengan bedak sejuk...tapi yang best Shafieya tak meragam atau menagis masa majlis bercukur...gud girl my dear!!!!


Hampir aku terlupa pusat Shafieya Aisha dah luruh dah!!! Yihaaaaaa..........

No comments: